Wednesday, May 20, 2009

Omega Berwajah Baru (SOLD)

Ini adalah jam yang telah di masukkan dalam blog classicmalaya (refer item No.3). Jam ini telah diberikan wajah baru. Bukan redial atau refinished. Cuma stap yang sebelum ini yang bewarna hitam telah ditukarkan kepada strap kulit berkualiti tinggi bewarna putih. Memang padan dengan muka jam yang bewarna putih.

Tali jam juga telah dipadankan dengan buckle Omega stainless steel. Agak lengkap accesories jam Omega ini walaupun talinya bukanlah tali jam Omega Tulin. Memang sukar nak dapatkan tali jam tulin. Harganya kini pun sudah meningkat.

Engine jam Omega ini juga telah diservis dan di ovohaul. Lihat sahaja enginenya berkilat macam baru. Masa juga tepat. Jam ini menggunakan Caliber 501, juga dikenali sebagai jam Omega Seamaster 501. Macam Levis pula.

Jam yang amat menawan dan tentunya menjadi perhatian pada si pemakai. Telah terbukti.. Ramai yang akan memandang dan bertanya jam apa yang dipakai.... Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga turut terpikat.(dengan jam sahaja bukan tuannya)hehehe... Bila dipadankan dengan strap putih, jam ini seakan jam Unisex ( lelaki @ wanita ) yang sesuai digayakan. Jadi kalau berminat bolehlah hubungi tuannya.. Omega seamaster 501 dikategorikan sebagai jam rare model..